Seorang ketua menuntut ketrampilan, kebijaksanaan dan kemampuan yang hebat sekurang-kurangnya dalam 11 perkara berikut sebagaiamana yang diganbarkan oleh Mike Woodcock dan Dave Francis (1982)
1. Kemampuan mengatur diri.
2. Nilai-nilai peribadi yang sihat.
3. Cita-cita peribadi yang jelas.
4. Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus menang.
5. Ktrampilan memecahkan soalan.
6. Kemampuan untuk menjadi kreatif dan inovatif.
7. Kemampuan tinggi untuk mempengaruhi orang lain.
8. Pemahaman menyelia.
9. Pemahaman atas gaya pengurusan.
10. Kemampuan mendidik dan mengembangkan bakat orang lain.
11. Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif.
Monday, December 29, 2008
CABARAN SEORANG KETUA
Posted by noriza at 6:22 AM 0 comments
Membentuk jati Diri sebagai ketua.
Dalam menuju ke arah pembentukan jati diri yang yang kuat, seorang ketua wajar menangkis sifat salah faham dan anggapan negatif terhadap subordinatnya. Banyak kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengatasi masalah tersebut. Salah satu daripadanya ialah dengan mengamalkan "Etika Budaya Cemerlang"
1. Matlamat diri selari dengan matlamat kerja.
2. Menyedari kepentingan nilai moral dan agama dalam pekerjaan.
3 Sentiasa melihat kebaikan organisasi.
4. Sentiasa sayangkan organisasi.
5. Penggunaan masa yang optimum.
6. Mengadakan mesyuarat harian,mingguan dan bulanan.
7. Pembahagian tugas berdasarkan kepakaran , kebolehan dan minat.
8. Memmentingkan hubungan awam.
9. Meningkatkan kualiti komunikasi di tempat kerja.
10. Sentiasa tolong-menolong antara satu dengan yang lain.
11. Sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab , tidak sambil lewa.
12. Berikan khidmat melebihi ganjaran yang diterima.
13. Bekerja dengan tekun, cekap dan ikhlas.
14. Sentiasa terbuka dalam apa juga tindakan.
15. Sentiasa menilai dan memperbaiki pekerjaan.
16. Menerima kritikan dengan hati yang terbuka.
17. Menghormati etika berpasukan.
18. Menerima arahan dengan tersenyum dan kreatif.
19. Mempunyai motivasi untuk bersaing secara sihat dan proaktif.
20. Sentiasa berdoa agar mendapat keberkatan dalam pekerjaan.
Posted by noriza at 5:34 AM 0 comments
Thursday, December 25, 2008
Ar.Rahim , Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Allah Yang Maha Pengasih penuh dengan kasih sayang kepada makluknya. Di akhirat kelak sifat Ar.RahimNya akan dinikmati oleh orang-orang mukmin dengan cara yang tidak dapat mereka gambarkan sekarang . Bacalah Ya Rahim 100 kali sehari , hati akan jadi lembut dan kita akan sentiasa disayangi.
Posted by noriza at 3:21 PM 0 comments
Wednesday, December 24, 2008
AL -MUHAIMIN
Yang bererti yang maha mengambil berat dan menjaga atau melindungi , Ertinya Allah SWT mentadbir dan menjaga segala sesuatu. Siapa yang mengamalkan solat sunat 2 rakaat atau sunat nafil(terutama ditengah malam) kemudian membaca Yan Muhaimin 100 kali , jiwa dan jasadnya akan dibersihkan. Hatinya akan menjadi suci dengan cahaya keimanan bersinar menyerlah di wajahnya. Ertinya cahaya yang bersinar di hatinya akan terpancar dari wajahnya
Posted by noriza at 2:36 PM 0 comments
Friday, December 19, 2008
Hala tuju seterusya.......
#Tetapkan jadual kerja yang pasti untuk mencapai tujuan anda.
# Bertahanlah dan jangan menyerah kalah pada penderitaan dan kesulitan yang menghalang perjalanan untuk mencapai tujuan.
# Katakanlah pada setiap orang tentang tujuan anda. Kalau anda menyimpannya untuk diri sendiri, hal ini akan membuat anda terlalu mudah untuk menyerah kalah.
# Buatlah tujuan yang realistik . Pecahkannya menjadi tujuan-tujuan yang lebih kecil, sehingga anda dapat melihat bagaimana anda akan mencapai tujuan anda secara keseluruhan untuk tahun mendatang, rencana pelaksanaan harus dijelaskan setiap
Posted by noriza at 6:08 PM 0 comments
......W. Clement Stone.... "Setiap penderitaan di dalamnya mengandungi benih kesempatan yang sama atau lebih besar bagi orang yang memiliki sikap mental positif dan mengamalkannya."
......Cipta peluang anda sendiri.
Bersikap serius untuk melakukan pekerjaan secara lebih baik daripada yang dilakukan sebelumnya.
Bersedia bertahan dan bertanggungjawab untuk mengambil keputusan dan mengambil risiko meskipun dalam tugas-tugas yang besar.
........Kendalilah emosi diri anda. Anda memiliki kekuatan untuk mengendalikannya. Emosi adalah akibat dari keadaan fikiran yang dapat anda kendalikan melalui disiplin diri. Tidak seorang pun dapat membuat anda cemburu, marah, dendam atau tamak. Orang lain , dengan tindakan mereka dapat merangsang emosi anda, tetapi anda sendirilah yang membiarkan diri anda menjadi cemburu, marah ,kecewa dan sebagainya. Disiplin diri memiliki kekuatan yang besar, yang membuat anda tetap maju terus meskipun perlu mendaki gunung, sampai anda mencapai tujuan.
Posted by noriza at 5:42 PM 0 comments
Tuesday, December 16, 2008
Sekadar Renungan bersama......
Ayat 39, surah Ali Imram...Dan jangan kamu berasa lemah dan jangan kamu berdukacita kerana kamulah orang-orang tinggi martabatnya jika kamu beriman...
...Apabila kita inginkan kejayaan kita perlu bersedia, menghentakkan kaki , maksudnya kita perlu berusaha dengan gigih , kemudian yakin dengan pertolongan Allah...
....''Tidaklah berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan golongan yang sesat sahaja.
...Orang bijak adalah orang yang menjadikan masalah dan kegagalan sebagai kekuatan bagi menempah kejayaan...
..Orang-orang yang optimis adalah orang yang sanggup bangun semula selepas sesauatu kegagalan.
...Ujian dan kesusahan perlu kerana ia adalah jambatan ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Tangisan sering menjadi penawar yang menyembuhkan manusia.
..Tumpukan minda pada matlamat dan kerja yang hendak dilakukan.
...Orang yang cemerlang sentiasa fokus pada kerjanya yang jadi penentu kejayaan akhirnya.
...Cerdik semata-mata tidak menjamin kecemerlangan individu.
....Semat dihati..aku mampu, aku akan pandai dan aku akan sabar dan berusaha.
...Sesungguhnya sesautu kesulitan itu ada kesenangan..
Bersopansantunlah pada mereka yang tidak memperdulikanmu,
Maafkan mereka yang menzalimimu,
Berikanlah kepada mereka yang bakhil,
Hubungilah mereka yang memutuskan hubungan persaudaraan denganmu.
Posted by noriza at 2:43 AM 0 comments
7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG
TEKNIK MENGURUS MASA
1. Menentukan keutamaan.
2. Rancang maasa depan dan tulis rancangannya.
3. Kuasai jalan pintas. Mahirkan kemahiran membaca laju, mencatat nota dan menulis laju.
4. Berikan tumpuan. Banyak masa akan terbuang apabila sesautu kerja separuh jalan.
5. Belajar "maaf,tidak boleh" kepada jemputan.
6. Delegasi kerja yang boleh dilakukan oleh orang lain.
7. Melabur untuk kursus dan seminar yang menajamkan kemahiran diri.
8. Manfaatkan komputer.
9. Jangan tanggug kerja.
10. Seimbangkanhidup yang berjaya, keluarga dan masyarakat.
Posted by noriza at 12:20 AM 1 comments
Labels: m
Monday, December 15, 2008
AZAM 2009..
TIPS LUPA KENANGAN SILAM
1. Fokus kepada masa depan kerana ia memberi peluang untuk kita menjadi lebih baik. Dengan sisa kehidupan yang tinggal ini janganlah anda persiakan. Pejamkan mata anda seketika dan bayangkan kehidupan yang ceria, berjaya dan bahagia.Pasti apa yang anda lihat itu turun ke hati tanpa sedar anda sedang mengukir senyuman! Nah..lihatlah betapa indahnya hidup jika kita bijak memanfaatkannya..
2. Selalulah beristighfar dan memaafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan orang lain dapat membuang rasa marah,tekanan,dan kesal.
3. Tidak ada manfaat mengenang kenangan pahit dan dosa-dosa silam jika anda tidak berusah dengan bersungguh-sungguh untuk menyingkirkannya. Walaupun payah anda harus melakukannya.
terus berdoa memohon bantuan daripada-Nya.Jika kehidupan lalu dipenuhi dosa, bersihkanlah dengan taubat yang bersungguh-sungguh.
5. Berdamping dengan orang yag lebih baik sama ada mereka yang berjaya, beriman, dan sebagainya.Kongsikanlah ilmu yang mereka ada untuk memperbaiki diri anda.
6. Berikan tumpuan atau keinginan hati. Sudah berpuluh-puluh tahun mencari matlamat hiduptetapi masih kabur. Tidak mengapa kerana anda masih belum terlambat. Jika anda tetapkan matlamt ingin lupakan kenangan lalu dan mencipta impian baru yang lebih indah, pasti anda lebih teruja.
7. Tulis satu demi satu perkara yang anda ingin lupakan pada kepingan kertas, lipat dan masukkan ke dalam sebuah kotak. Setelah semua perkara yang ingin anda lupakan sudah habis ditulis, ambil kotak tersebut dan campakkan ia jauh-jauh sama ada dibakar, buang dalam tong sampah atau sebagainya. Sebagaimana lenyapnya kotak itu daripada pandangan anda, begitu jugalah dengan kenangan pahit itu.Setelah itu janganlah difikirkan lagi.
8. Jika kenangan itu masih terlintas di fikiran, cepat-cepat anda alihkan atau tukar pemikiran anda kepada perkara yang lebih menarik.
9. Cuba keluar daripada perangkap emosi iaitu asyik teringat kesedihan lalu misalnya kehilangan suami, anak, dan sebagainya. Jika kita tidak melakukannya, anda akan teperangkap dalam dunia yang kita cipta sendiri. Kesannya, diri akan terus terkenang akan masalah lalu dan percayalah dengan bersifat demikian, kita akan terus melakukan kesilapan.
10. Gunakan minda separa sedar anda untuk menjadikan hidup lebih bersemangat. Cara ini tidak sukar. Anda boleh cuba dengan "aku mahu".
Posted by noriza at 7:33 AM 3 comments