TIPS LUPA KENANGAN SILAM
1. Fokus kepada masa depan kerana ia memberi peluang untuk kita menjadi lebih baik. Dengan sisa kehidupan yang tinggal ini janganlah anda persiakan. Pejamkan mata anda seketika dan bayangkan kehidupan yang ceria, berjaya dan bahagia.Pasti apa yang anda lihat itu turun ke hati tanpa sedar anda sedang mengukir senyuman! Nah..lihatlah betapa indahnya hidup jika kita bijak memanfaatkannya..
2. Selalulah beristighfar dan memaafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan orang lain dapat membuang rasa marah,tekanan,dan kesal.
3. Tidak ada manfaat mengenang kenangan pahit dan dosa-dosa silam jika anda tidak berusah dengan bersungguh-sungguh untuk menyingkirkannya. Walaupun payah anda harus melakukannya.
terus berdoa memohon bantuan daripada-Nya.Jika kehidupan lalu dipenuhi dosa, bersihkanlah dengan taubat yang bersungguh-sungguh.
5. Berdamping dengan orang yag lebih baik sama ada mereka yang berjaya, beriman, dan sebagainya.Kongsikanlah ilmu yang mereka ada untuk memperbaiki diri anda.
6. Berikan tumpuan atau keinginan hati. Sudah berpuluh-puluh tahun mencari matlamat hiduptetapi masih kabur. Tidak mengapa kerana anda masih belum terlambat. Jika anda tetapkan matlamt ingin lupakan kenangan lalu dan mencipta impian baru yang lebih indah, pasti anda lebih teruja.
7. Tulis satu demi satu perkara yang anda ingin lupakan pada kepingan kertas, lipat dan masukkan ke dalam sebuah kotak. Setelah semua perkara yang ingin anda lupakan sudah habis ditulis, ambil kotak tersebut dan campakkan ia jauh-jauh sama ada dibakar, buang dalam tong sampah atau sebagainya. Sebagaimana lenyapnya kotak itu daripada pandangan anda, begitu jugalah dengan kenangan pahit itu.Setelah itu janganlah difikirkan lagi.
8. Jika kenangan itu masih terlintas di fikiran, cepat-cepat anda alihkan atau tukar pemikiran anda kepada perkara yang lebih menarik.
9. Cuba keluar daripada perangkap emosi iaitu asyik teringat kesedihan lalu misalnya kehilangan suami, anak, dan sebagainya. Jika kita tidak melakukannya, anda akan teperangkap dalam dunia yang kita cipta sendiri. Kesannya, diri akan terus terkenang akan masalah lalu dan percayalah dengan bersifat demikian, kita akan terus melakukan kesilapan.
10. Gunakan minda separa sedar anda untuk menjadikan hidup lebih bersemangat. Cara ini tidak sukar. Anda boleh cuba dengan "aku mahu".
Cara Membuat Wedang Bandrek Hangat Menyehatkan
10 years ago
3 comments:
Itu yg terbaik.Azam itu adalah Matlamat Kecil yg harus dibesarkan..bukan mudah untuk keluar dari kepompong seandainya perubahan ini hanya sekadar harapan......
Semuga 2009 memberi impak yg besar kepada kita dan persekitaran : bahawa hidup ini bukan sekadar biarkan semuanya berlalu........
hai kak....
muga sentiasa berada dibawah lindunganNya selalu...amin....
muga impian kita ber2 akan menjadi kenyataan...
Kadang-kadang perlu juga kenali diri asal dari mana, jgn buangkan jauh kenangan lalu.sebelum berjaya siapa yang yang membimbing siapa teman seharian atau sepejuangan,siapa yang sama-sama bersusah payah, masa itu katakan ibu-ayah tiada, kan sahabat tadi tempat menumpang kasih,munkin dulu kita di status Zero. kita merangkak keluar maju tapi jangan mudah lupa dimana ada pembantu yang bekerja keras untuk kita. akhir kata jangan mudah lupa!!!
Post a Comment